Wednesday, May 14, 2014

bicara berirama hari guru

Skrip bicara berirama hari guru

Tajuk: jasa guru

 KAFA INTERGRASI MAASJID ISLAM MALAYA

Solo1: cikgu datang2x (hentak kaki)
Ketua: bangun!!!assalamualaikum cikgu…
Cikgu: waalaikumussalam,duduk. Pada hari Jumaat ini,kita akan menyambut hari guru.
Semua: hari guru?
Cikgu: iye..kita juga akan mengadakan jamuan.kalau nak bawa makanan boleh juga..kalau nak beri hadiah kepada guru lagi boleh..
Solo1: alaa..boringlah cikgu,bukannya boleh buat apa2 pon! Makan,bagi hadiah lepas tu balik..
Cikgu: itu namanya kurang ajar..
Semua: haha..padan muka2x
Ketua: kita tidak boleh kurang ajar dengan guru kita.. banyak dosa tau!
Suara kiri: betul!!!3..kita perlu hormat guru,berakhlak baik dan bersopan santun dengan guru kita..
Suara kanan: cikgu redha je bila kita semua buat salah..
Ketua: siapa yang selalu buat bising dalam kelas?
Suara kanan: Arifah!
Ketua: siapa yang selalu datang lambat?
Suara kiri: Awfa!
Ketua: siapa yang selalu gagal dalam peperiksaan?
Semua: Siti!
Ketua: banyakkan kesalahan kita?
Semua: banyak3
Cikgu: cikgu juga amat mengambil berat tentang keselamatan,kesihatan dan kebersihan anak-anak muridnya..
Ketua: kalau mumtaz pengsan?
Suara kanan: cikgu jugak..
Ketua: kalau aisyah tak potong kuku?
Suara kiri: cikgu marah!
Cikgu: cikgu marah sebab sayang!
Semua: (lagu) cikgu marah,cikgu marah,cikgu marah sebab sayang!
Ketua: kalau asfa jatuh longkang?
Solo 2: help from a teacher is on the way!!
Cikgu: pandai pon! Bukannya budak darjah satu lagi,dah besar dah.Adik2 pon tau nak hormat dan sayang kepada guru.malu tak?
Semua: malu3
Ketua: kita ni sepatutnya menjadi teladan kepada adik2 kecil…
Semua: kami akan berubah!
Cikgu: bagus!
Ketua: sekejap,kami ada serangkap pantun untuk cikgu..
Cikgu: apanya?
Suara kiri: buah cempedak di luar pagar,
Suara kanan: ambil galah,tolong jolokkan
Semua: kami budak baru belajar,kalau salah cikgu tunjukkan
Ketua: kami juga ingin menyanyikan lagu untuk cikgu..
Semua: terima kasih padamu cikgu,
              Jasamu akan ku kenang selalu,
              Tak pernah lelah tunjuk ajarku,
              Terima kasihku kepada mu cikgu!
Semua: sekian terima kasih…